Sunday 26 June 2011

Bilik tidur pengantin idaman

Selamat pagi..

Sangat malas memulakan hari ini memandangkan hari ini adalah hari isnin.. Monday mood masih masih dan masih menyelubungi diri saya.. ditambah pula dengan cuaca yang dari malam tadi asyik hujan.. malassssssnye nak buat semua benda.. Anda juga begitu?? JANGAN.. jangan tiru saya.. hahaha.. sebab saya sudah mula bersemangat sekarang untuk memulakan hari yang baru.. Kalau hari isnin kita sudah malas, bayangkanlah hari selasa, rabu dan seterusnya.. semestinya akan jadi lebih teruk bukan??

ok enough for motivation session for this morning ^__^.. hehehe~
Saya nak share something.. Impian bilik tidur pengantin.. **malu**..
Ceh.. nak malu kenapa?? Ko bukan buat salah pun.. Nothing personal..
Mungkin kita dapat share idea apa yang ada dalam fikiran anda-anda kat luar sana..

ok.. mari mulakan =)

Saya sangat suka vintage style.. So, i'm dreaming of having vintage style bride's room.. TAPI.. using very little amount of money sebab saya kahwin di dewan.. dan bukannya di rumah.. Bersiap pun mungkin di hotel.. *bukan ingin berlagak* tetapi memandangkan rumah yang sangat comel dan membantu mengurangkan kepadatan orang di dalam rumah (kebiasaannya di rumah akan penuh dengan sedara-mara).. Jadi, demi keselesaan mereka, saya bersiap di hotel.. Saya ada mencari beberapa idea untuk bilik tidur pengantin idaman saya.. dan dindingnya ingin diconteng jalur-jalur.. For your information, I realy love stripe.. Most of wall in my house is painted in stripe.. buktinya?? Kebanyakan gambar yang diambil untuk blog ini berlatar belakangkan stripes.. (kalau anda perasanla).. hehehe~

Ini antara gambar-gambar yang sempat dicedok oleh saya.. mana yang x tau dari mana datangnya.. saya mintak maaf ye.. x teringat la pulak cari di mana kerana terlalu asyik mencari..

Source: here
Ni lah dia contoh yang saya maksudkan.. 
Uish gila ape kalau bilik tidur pengantin sefunky ini??
Oh TIDAK.. Bakal suami saya tentunya menjadi pengkritik no. 1 bilik ini..
Sebab?? Die sangat x suka warna yang shocking.. Dan sememangnya saya tidak berhasrat meletakkan warna yang shocking begini untuk bilik tidur pengantin.. ^__-

Source: here
Beginilah rupanya bilik tidur idaman.. Very soothing.. Saya akan menggunakan wana kelabu yang sangat soft sebagai base.. 


Source: here
Ini adalah contoh sebenar stripe yang akan diconteng di dalam bilik saya.. Cuma warnanya bukan coklat.. tetapi kelabu taik itik  dan off white..

Ok.. habis pasal dinding.. Menyentuh pula mengenai langsir.. Langsir dah dibeli.. bercorak vintage.. Colour?? grey dan white.. Gambar?? Malas nak ambik.. Sebab?? Saya baru sahaja selesai memasukkan gambar dari dslr ke laptop.. dan gambar langsir.. lupa untuk diambil.. *jangan mara.. nanti kene jual* ^__-

Ni sahaja yang dapat saya cedok.. 
Wing chair kat atas itu seakan-akan corak yang saya maksudkan.. cuma dalam versi warna yang berbeza.. dan corak itu leboh besar dari kepunyaan saya =)

Dari segi soft touch, saya menggunakan arrangement bunga.. 

Ini pula bunga (memangla.. x payahla nak bagitau).. Ok2.. sila jangan mara.. =P..
Bunga ini saya arrange sendiri *wink* *wink* hehehe~ It's more into english style.. saje je.. saya penggemar english style juga.. jadi setelah berfikir berabad lama, tidak salah rasanya membuat mix and match sendiri.. hehehe~ ( kata bilik tidur sendiri.. dan sesukanya saya memix dan matchkan sendiri jugak la jawabnya..)

Saya nak gunakan tirai juga di bahagian katil.. tetapi saya masih mencari idea.. tengokla nanti jadi cam mana ye.. Kalau rajin, saya akan tulis entry pasal tirai pulak.. suka dengan bunga di atas?? nak saya buat flower aranggement?? hehehe~ saya tidaklah pakar dalam gubahan bunga.. tapi kalau betul-betul suka, bagi tahu budget anda.. Saya buatkan.. ok??? 
emel saya.. wedding_hantaran@yahoo.com

tata~

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com